Pages

Wednesday, 20 March 2013

12.15 am (SPM Result's Day & My Birthday)

   
Pejam-celik,pejam celik.,aku dah genap umur 18 tahun. Sekarang ni aku tak rela lagi mata aku ni untuk tutup. Kenapa? Sebab pukul 7.30 pagi nanti aku kena bertolak ke SaHuT. Ya! Aku akan terima keputusan SPM(2012) pada hari ulangtahun kelahiran aku..

      Tak ramai yang dapat rasa pengalaman ambik result SPM pada hari ulangtahun kelahiran. Ermm., gembira bercampur terharu bila kawan2 ucap Happy Birthday. Terdetik jugak kat hati aku ni , diorang ingat birthday aku. Tapi aku? Aku ni memang jenis yang susah nak ingat tarikh2 penting ni  (sebab kait2 ngan nombor@math).huhu


     Tapi bila melihatkan keprihatinan kawan2 aku ni, timbul keazaman untuk aku memperbaiki skill2 persahabatan  aku iaitu dengan mengingati tarikh2 lahir diorang. Mintak maaf kawan2 semua.. Saya bukan kawan yang baik ., saya akan cuba memperbaiki.

   Ok. Sekarang ni perasaan tak ada lah berdebar ketar lutut macam nak ambik result PMR (2010) n UPSR (2007) dulu. Agak pelik la di situ. Cuma dalam seminggu lebih ni asyik terbayang2 situasi masa result diserahkan kat aku nanti. Kuhh semangat . . .

  Apa2 pun.,aku dah besedia dari segi mental, fizikal dan rohani sebelum terima apa2 keputusan nanti. Sebab aku tahu siapa aku dan apa yang aku dan buat selama 2 tahun aku kat SaHuT. Cuma sekarang ni... aku risaukan abah dan umi.

  erm...aku hanya mampu berharap
      

No comments:

Post a Comment