Haii ! Hari ni Huril nak sambung cerita pasal pengalaman dan perjalanan pertama kali terbang bersama Air Asia. Alhamdulillah rezeki dari Allah bila abah nak sponsor tiket flight dari KL ke Kota Bharu (KB) & KB ke KL masa cuti semester bulan Januari baru-baru ni . (Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia (Part 1)
First step bila abah dah bank in duit Huril terus pergi laman web Air Asia untuk buat tempahan secara online. TAPI! Sebelum tempah tu, Huril pastikan dulu pukul berapa kertas peperiksaan terakhir untuk hari tu . Kang tak pasal-pasal beli tiket waktu tengah exam, tak ke naya? Ok, exam habis pukul 11.00 am gitu, lepas bincang dengan 4 orang kawan yang sama2 nak balik KB tu, kitorang decide ambil flight pukul 4.40 pm sebab ambil kira perjalanan ke LCCT (sekarang dah pindah ke KLIA 2 kan?) & nak solat Zohor.
23 November 2013 dan siap tempah tiket flight beserta pembayaran melalui CIMB Clicks . Lepas tu Huril dan kawan2 menghitung hari je lah sebab 10 Januari 2014 baru impian kitorang akan tercapai. Sementara tunggu tarikh keramat tu, Huril buat kajian lah sikit-sikit pasal prosedur Air Asia dan carta perjalanan kitorang untuk ke LCCT (sekarang dah pindah ke KLIA 2) dari UPM. Penting jugak untuk kita tahu tambah-tambah kalau students yang
Seminggu sebelum flight ,Huril dan kawan-kawan dah siap print out boarding pass yang sebenarnya boleh mula dicetak 2 minggu sebelum penerbangan. Sebelum boarding pass tu boleh dicetak, Huril kena web check in dulu . Lepas tu, dia hantar boarding pass tu dalam bentuk pdf ke e-mail Huril. Dekat boarding pass tu dia ada letak nombor tempat duduk kitorang. Mula lah kitorang google seat dalam kapal terbang tu dan terbayang-bayang keadaan kitorang dalam kapal terbang tu nanti.hehe. Bila dah print boarding pass tu (macam tiket laa senang citer) , baru boleh relax dan study untuk final exam.
Dapat seat 15 b.huhu |
Sampai je kat Stesen Komuter Serdang kitorang terus ambil tiket ke Bandar Tasik Selatan dengan harga RM1. Sampai je Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan kitorang terus pergi ke kaunter KLIA Transit to LCCT yang disediakan di sana dan ambil pakej tiket Bandar Tasik Selatan-LCCT yang berharga RM10.80. Seronok betei naik train KLIA Transit tu , selesa, sejuk, tak berhimpit-himpit & laju. Selalu juga tengok KLIA Transit punya train lalu kat Bukit Ekspo UPM cam best je.haha.
Lepas tu train tu berhenti kat Stesen Salak Tinggi. Turun jer train tu terus ada Shuttle Bus tunggu untuk bawa kitorang pergi LCCT. Untuk naik bas tu tak perlulah beli tiket lain sebab tiket dia termasuk dalam pakej RM10.80 tadi. (Untuk KLIA2 punya kes Huril tak tau pula macam mana perjalanan dia.sorii) . Setengah jam lepas tu sampailah kitorang ke LCCT tu. (yes!yes!yes!) . Seronok-seronok jugak, Zohor dah masuk so kitorang pergi solat kat surau LCCT tu. Masa solat kitorang take turn la untuk jaga beg-beg kitorang ni mana lah tau kan? Rambut sama hitam hati lain-lain. Malang tak berbau so kena lah sediakan payung sebelum hujan. amek kau habis peribahasa keluar.haha!
Bersambung . . .
Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia Part 3-last
(Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia (Part 1)
1.50 pm (8 Ogos 2014)
No comments:
Post a Comment