Pages

Wednesday 6 August 2014

Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya memang dari kecil tak pernah ada niat nak melancong atau balik kampung dengan kapal terbang ni sebab dulu mana ada Air Asia yang murah ni kan. Tapi ada juga lah simpan harapan nak naik kapal terbang atas tiket belajar kat luar negara tapi apakan daya masa tak akan kembali,hancur musnahlah,semuanya  lepas SPM aku belajar dalam Malaysia jer. So memang tak simpan langsung niat nak naik kapal terbang dalam waktu terdekat ni.

Kisah bermula bila adik lelaki tanya bila aku nak balik Kelantan dan naik apa dari UPM ,waktu tu dalam penghujung bulan November 2013. Aku pun jawap lah lepas habis final exam 10 Januari 2014 and aku gurau lah dengan dia cakap "kakak nak naik kapal terbang, angah belanja lah".

Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas tu (22 Nov 2013) abah hantar mesej yang berbunyi ''Salam..kakak jadi ke balik naik flight? Kalau jadi abah nak bank in'' . Perghh! Nak terloncat aku masa tu , mana taknya. Macam bulan jatuh ke riba punya soalan . huhuhu.. Adik-adik aku pun satu hal, diorang ni memang mulut tempayan sikit (tapi bagus gak). Ade ke dia pi cerita kat abah pasal gurauan flight tu.

Abah tanya tiket sehala berapa and aku jawap RM66 . Nak tau dia reply apa? "Nanti pagi esok abah bank in RM150.. Kakak beli pergi balik selalu (terus)" . Whattt?? Pergi-balik? Kali kedua bulan jatuh ke pangkuan nih. heheh . Lepas tu aku buat lah segala urusan penempahan tiket online sebab waktu tu tengah sale dan minggu tu minggu akhir sale.

cc
Urusan tempahan secara atas talian (online) lagi mudah kalau ada CIMB Clicks (atau Maybank2U) sebab pembayaran  pun senang nak buat. Aku tolong tempahkan sekali untuk kawan baik aku Amy sebab dia tak ada Cimb Clicks .

#Sekian dulu untuk part 1,. Panjang-panjang sangat takut termuntah korang nak baca. Aku bila dah mula menulis, memang panjang dan berbunga-bunga lah.
Untuk part 2 pula nanti akan diberi link kat bawah ni.

-----> Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia (Part 2)
Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia Part 3-last

6 Ogos 2014 (11.36 pm)

No comments:

Post a Comment