Pages

Sunday 10 August 2014

Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia (Part 3-last)

Assalamualaikum dan hai!
Fuhh.. tak sangka nak bercerita pasal pengalaman kali pertama naik kapal terbang bersama Air Asia pun sampai 3 part.huhu.. Sori lah readers, Huril ni kalau start menaip berjela-jea lah. ade ke readers aku ni?huhu . 

Ok, bila dah siap solat zohor ada lebih kurang 2 jam sebelum Gate dibuka. Sebenarnya flight kitorang pukul 4.40 petang jadi kitorang kena pergi ke Gate tu lebih kurang 30 minit sebelum waktu pelepasan (departure) iaitu 4.10 petang. Jadi apa yang kitorang buat selama 2 jam tu? Ape lagi, duk pusing-pusing dalam LCCT tu lah mencari sesuap nasi  tempat untuk merehatkan diri. Perghh . . ramai betul orang dalam LCCT tu, bermacam-macam rupa dan ragam! Maklumlah.. terminal tambang murah terkemuka di dunia kannn..huhu.

Pusing punya pusing sampai satu LCCT tu kitorang dah menapak, tak jumpa jugak kerusi yang boleh di duduk. Last-last duduk atas palang besi ala-ala mencangkung kat luar LCCT tu tempat teksi turunkan penumpang. Tak sampai setengah jam duduk situ kitorang kena blah sebab kitorang sebenarnya dah duduk dekat port abang Bangla susun troli dia. hakhakhak! Dia nak halau nampak macam tak sampai hati so kitorang paham-paham sendirilah. huhuu..

Dah masuk dalam bangunan LCCT tu tak jumpa jugak kerusi kosong sampai kitorang terfikir nak duduk bersila atas lantai LCCT tu ala-ala nak buat persembahan dikir barat (mentang-mentang semua 5 nak balik Kelantan) tapi! tapi tapi kitorang masih ada air muka untuk dijaga. heheh . Last2 jumpa lah palang kosong untuk diduduki depan kedai coklat. fuh.. duduk lah kitorang kat situ sambil snap gambar dan makan KFC . Nak selfie malu lah plak!haha. tengah tak sabar nak naik kapal terbang!

Pukul 4 petang dengan penuh bersemangat kitorang bangun dan keluarkan boarding pass beserta kad pengenalan untuk pemeriksaan imigresen. Masa pemeriksaan imigresen tu kitorang kena letak beg-beg atas mesin x-ray temasuk phone, bagi pegawai imegresen tu tengok kitorang punya boarding pass dan IC dan kena melalui pintu gerbang maybe untuk scan badan kitorang kut. Kalau pegawai imigresen tu ada syak apa-apa diorang akan check sendiri badan kita. Aku tak kena lah bahagian check badan tu tapi kawan sorang lagi kena maybe random selection.

Dah settle bahagian imigresen jangan lupa plak ambil beg yang di x-ray tadi. Terus pergi ke balai pelepasan domestik tempat gate-gate (pintu lah senang citer) bersusun tu. 20 minit sebelum waktu pelepasan Gate akan ditutup kalau dalam kes kitorang ni pukul 4.20 petang lah. Pukul 4.10 tu orang dah beratur dekat gate tu untuk penerbangan AK6440 ke Kota Bharu. Sempatlah kitorang tengok drama seorang gadis cina kut yang merayu-rayu untuk dibenarkan melepasi gate tu sebab dia nak balik Kuching kalau tak silap. Kesian, lewat punya pasal, gate dah tutup walaupun kapal terbang masih belum belepas. Kesian . . Dekat gate tu pegawai  tengok boarding pass dan IC kitorang dan potong&ambil bahagian bawah boarding pass tu. Bahagian atas boleh simpan buat kenangan macam aku ni.heheh. Lepas tu dia benarkan kitorang lepasi gate dan tunjuk arah ke pesawat kitorang tu.

Nak cari pesawat pun satu cerita. Kitorang siap beratur nak naik pesawat ni kan, lepas tu aku mula rasa lain macam. "aih?betul ke muka-muka macam ni nak pergi KB? Pakaian, gaya, muka macam nak pergi luar negara je". Akhirnya persoalan aku terjawab bila pramugari tu check kitorang punya boarding pass dan berkata "dik, pesawat ni bukan ke Kota Bharu". Nasib baik akak tu tengok boarding pass kitorang kalau tak sampai ke Korea mane ntah.haha.  Ah sudah.. dekat 5 minit beratur sempat ke nak cari plane ke KB ni?

Lepas cakap thanks kat akak tu, aku try tanya abam pekerja Air Asia ni mane satu plane yang nak ke KB. Dia cakap pintu yang hujung sekali. Perghh..kitorang tengok memang hujung betul lah plane tu dekat 100 meter jugak lah nak menapak. Siap risau lagi sempat ke tak nak naik plane tu takut kena tinggal.hekhek! Jalan punya lah laju nih! Alhamdulillah...dengan penat lelah sepanjang 2 bulan buat kajian, persediaan mental dan fizikal AKHIRNYA aku melangkah jugak ke tangga kapal terbang Air Asia untuk pertama kalinya dalam hidup aku.

Masuk je dalam plane tu kitorang disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang dari akak pramugari skirt merah dan kitorang mulalah cari tempat duduk masing-masing & simpan beg. Lepas tu ape lagi, snap gambar lah! Ambil video sikit tu pun sambil sorok-sorok.huhu .. Pertama kali jugaklah dalam hidup aku tengok briefing emergency precaution. Masa plane tu mula bergerak punya lah excited kitorang ni sebab impian dah tercapai. Kitorang belek-belek buku menu, kad panduan kecemasan, bukak meja makan.haha! Semua benda nak sentuh lah .kui3.

Ambil gambar sorok-sorok
Malu la. hihi



















Sepanjang perjalanan tu kitorang memang akan sentiasa tengok ke luar tingkap sebab Subhanallah..pemandangan memang sangat cantik dan kitorang memang tak nak sia-siakan pengalaman ni .Tapi yang lucunya pak cik sebelah aku start dari mula-mula duduk sampai lah mendarat dekat KB dia tidur je memanjang.huhu..maybe sebab dah lali naik plane.untungla~~~ Yang aku hairan , macam mana dia boleh tidur lena sebab aku ni sampai sakit belakang duduk dekat kerusi yang punyalah tegak tu. hebat hebat .  .


haa... pakcik tu lah.huhu.sori pakcik



Lepas lebih kurang satu jam perjalanan, kitorang pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa. Actually yang part mendarat adalah salah satu part yang aku paling teruja sebab impak dia yang orang naik kapal terbang je yang akan tahu macam mana rasanya. poyo je aku ni.hihi. Masa nak turun dari plane tu sekali lagi pramugari tu ucap Terima Kasih. Aku rasa sangat dihargai lah. Alhamdulillah, sampai-sampai je kapal terbang terus park dekat tunnel yang terus menuju ke balai ketibaan. Tak payah nak jalan jauh-jauh . Keluarga masing-masing pun dah sampai so ape lagi kitorang pun berpecah. Abah belanja makan KFC dulu sebelum balik rumah.

#Ok, ni lah sedikit sebanyak cerita aku sebagai manusia yang baru pertama kali naik kapal terbang pada waktu tu . Over gak kisah aku ni, harap korang tak rasa annoyed lah yer. Sori kalau ada salah silap. Assalamualaikum . . .

Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia Part 1
Pertama Kali Terbang Bersama Air Asia Part 2

4.30 petang (10 ogos 2014)

No comments:

Post a Comment