00.50 am ...
Salam... Di entri kali ni aku akan cerita tentang rutin hidupku sepanjang bergelar pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER) UPM. Firstly aku nak bagitau, kebiasaan pelajar ASPER Laluan Perdana (Kemasukan Mei/Jun) mereka akan di tempatkan di kolej yang paling awesome diantara 17 kolej yang ada kat UPM ni, which is Kolej 13! huhuhuhu!. (okay, sekarang 2015 pelajar ASPER tak semestinya duduk Kolej 13. Ada juga ditempatkan di kolej lain. Jangan cuak la ye kalau surat tawaran tak tulis Kolej 13 ^_^)
Ni Dewan Kolej 13 (theme colour blue yellow you olls!rare gituhh) |
Pagi2 biasa aku bangun pkul 6.20 pagi,(terpulang la nk bangun pukul bape pun) ,then bersiap-siaplah. Mula-mula rase janggal jugak la sebab mase kat asrama dlu pkul 5.50 pagi da kene terpacak kat surau Sahut tu untuk solat subuh berjemaah. Skang ni, di waktu yang same itu, aku ntah kemana-mana di alam mimpi.
Bagi ASPER, sebahagian besar kuliah bermula pukul 8 pagi so, aku akan turun ke tmpat menunggu bas (tak jauh pun) pukul 7.00 / 7.10 pagi . Tapi sebahagian besar pelajar lebih gemar pi tunggu bas pukul 7.30 pagi ke atas. Yang aku tak gemar, kalau turun lewat2,confirm kene berasak-asak nak naik bas and paling teruk kalau kene berdiri dalam bas tu. *
1) Naik bas (kekerapan bas melalui kawasan kolej : -+7 minit setiap bas),
2) Naik basikal: ada laluan khas bagi basikal di kebanyakan bahagian UPM menuju fakulti,insya Allah selamat),
3) Hang jalan kaki, hang berpeluh+nak tecabut kepala lutut baru sampai Pusat Asasi)
Elaun
Mana-mana pelajar lepasan SPM yang diterima masuk ke program Asasi di universiti-universiti AWAM Malaysia atau Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia layak mendapat ELAUN . Tak kira pendapatan keluarga anda walaupun tinggi melangit . Begitu jugak di ASPER! huhu... elaun dapat RM1250 untuk setiap semester. Diulangi, setiap semester . Alhamdulillah,., sedikit sebanyak bolehlah kurang kan beban parents kan.
Makan
Bab makan ni xpayah dok risau. Ada banyak kafe yang boleh anda kunjungi dengan pelbagai pilihan makanan *phewww...macam tengah buat iklan daaaa .
Ujian / Peperiksaan
Mungkin ada yang sudah sedia maklum, ASPER mempunyai 3 semmester dalam jangka masa 1 Tahun .
Setiap semester mempunyai 2 kali Ujian dan 1 kali Peperiksaan Akhir. Jarak antara ketiga-tiga ujian ni adalah lebih kurang 4minggu kuliah. (macam berbelit je) . Macam ni, belajar 4 minggu, Ujian 1 seminggu . Then belajar 4 minggu lagi, Ujian 2 seminggu, then belajar 4 minggu pastu Final Exam 2 minggu. OK? .
Bagi kebanyakan subjek, apa-apa topik yang sudah disoal @ dipelajari sebelum/dalam Ujian 1, tak akan ditanya dalam Ujian 2. dan soalan Peperiksaan Akhir tak akan meliputi topik yang sudah disoal @ dipelajari sebelum/dalam Ujian 1 & 2. (Tapi Fizik macam terkecuali je, sebab setiap kali final exam akan keluar soalan dari topik lepas2.hurrmmmm).
Contoh Kalendar Akademik ASPER 2013/2014 |
Contoh Jadual Kuliah ASPER {Semester 3) |
Masa Lapang
Aku pun tak tahu nak huraikan faktor masa bagi pelajar ASPER ni . Kire banyak jugak kut mase lapang,... (ke, aku je yang rasa mase lapang kat sini banyak sebab kurang buat ulangkaji?) .haha!
Ok la, waktu lapang aku aku isi dengan menonton televisyen. Setiap blok ada bilik TV yang dilengkapi ASTRO . uiiii.....godaan2 .
Kalau nak aktiviti yang lebih sihat, boleh lah pi berjogging sekitar UPM ni . Venue pilihan? Bukit Ekspo ! Pemandangan yang sangat indah
cc:mohd salim yunus (BUKIT EKSPO UPM) |
uuuuuu....penat lah pulak . nanti kalau ade ape2 lagi yang aku nak kongsi akan aku update. Ok? Salam....
UPDATE
7 Mac 2015
Memang tak ramai yang mintak sebab ramai lagi yang tak tahu kelebihan asasi sains pertanian (ASPER) ni. Padahal kalau diikutkan, asper ni lah salah satu asasi yang bagi peluang kepada pelajar untuk pilih laaaagiii banyak kursus bila degree nanti. Boleh amek engineering, medic, pendidikan and lain-lain SAME macam Asasi lain cuma tambah satu lagi cabang iaitu Pertanian. Bila nak masuk degree tak semestinya kena lanjutkan ke bidang pertanian. Itu yang orang tak tau.
UPDATE 4 MAC
Insha Allah,maaf yer lambat respond. Line internet kat sini kurang memuaskan.huuuuu...Satu lagi, sebelum awak semua tanya soalan , cuba baca komen2 yang lama kat bawah tu. Mungkin ada persoalan korang yang akak dah jawap berdasarkan soalan dari pengunjung yang lepas . Okay ? Sebab akak terima banyak soalan yang berulang . Selamat datang ke UPM !
P/S : Pukul 7.00 pm sampai 10.30 pm berada di Masjid Putrajaya sempena Majlis Kesyukuran Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2014.
Entri lain tentang ASPER
Kenali Kolej 13 (Asasi Sains Pertanian)
Checklist Barang Keperluan ke Asasi Sains Pertanian UPM
Asasi Sains Pertanian (Semester 3)