Assalamualaikum.. Tajuk sangat straight to the point kan? Hehehehe.. Senang nanti orang nak cari. Okay.
Saya dah berjaya tukar kad bank CIMB selepas arahan menyeluruh yang dikeluarkan. Kunjungan kali ke-3 baru dapat borang tukar kad setelah kunjungan sebelum itu dikecewakan gara-gara kehabisan kad. Alhamdulillah tak menunggu lama.
Tapi!!! Kejutan pulak timbul. Nak login CIMB Clicks pulak bermasalah sebab tukar kad baru kan. Sebelum tukar kad memang dah ada CIMB Clicks ni. Aduii... So macam mana nak selesaikan? Kena pergi daftar di mesin ATM macam kali pertama dulu ke? ? ehhehehehe. Rupa-rupanya tak.. duduk kat rumah pun boleh selesaikan masalah ni. Yang penting jangan guna handphone sebab nanti muka surat untuk proses nombor 2 tak keluar. Nanti dia hanya keluar ayat yang cakap seolah-olah kata laluan adalah salah (incorrect password). Cara-caranya seperti di bawah ...
1- Buka laptop atau komputer. Cuba login guna username dan password yang lama. Klik 'login'
2- Nanti akan keluar muka surat baru setelah dia kesan bahawa anda dah tukar kad.
3- Masukkan nombor kad baru anda serta nombor pin ATM. Tick pada kotak 'TERMS & CONDITION' .
4- Dan klik kotak untuk meneruskan sesi (lupa apa nama kotak tu). Maaf . .
5- Tadaaaaaaa! Lepas semua selesai, boleh login CIMB Clicks macam biasa dan maklumat transaksi terdahulu masih ada seperti biasa.
Okaylah.. semoga maklumat kali ni berguna dan berjaya untuk semua. Jom berselawat satu kali
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ . Assalamualaikum....
ada bt mcm ni tp bila nk login lg dia minta mklmt sama. xkn stp kli login nk isi mklmt tu
ReplyDeleteSaya minta maaf kalau tak berjaya. Post ni atas pengaman saya.. mungkin cik boleh cuba call pihak cimb untuk selesaikan masalah ni. Semoga dipermudahkan segala urusan ya.
DeleteThankyou awk. Membantu sgt!
ReplyDeletesama2 ^_^
Delete