Pages

Showing posts with label sbp. Show all posts
Showing posts with label sbp. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

Aku Seorang Penolong Kapten Rumah (PKR) (Part 1)

                                                                            
    Assalamualaikum..Hari ni nak coretkan sedikit sebanyak kisah hidup aku yang aku takkan lupa seumur hidup aku. In the previous post, aku da citer pasal Sistem Rumah di SBP. Skarang nak masok lebih spesifik, pasal pengalaman sepanjang jadi Penolong Ketua Rumah (PKR) . Mula-mula aku jadi PKR tahun 2011 selepas mula mendaftar di SM Sains Hulu Terengganu (SaHuT) n mase tu aku Form 4. (skola tu baru bukak so aku la first batch kat situ) .<Mase form 5 pun aku diberi kepercayaan sekali lagi untu pegang jawatan tu>. Citernye macam ni, mase mesyuarat agong kali pertama rumah tu, berlangsung la pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi . Since kitorang semua masih baru dan tak berapa bercampur dengan junior so,para junior tu tak tau la nak pilihan sape . Diorang pusing belakang(aku dok kat belakang2 la jgk) ,nampak aku dan nametag ku. Dengan tak semenanya namaku dicalonkan .Ape ke jadah semuanya ni..????

  Selepas kenalkan diri dan undi2, aku la insan yang dipilih untuk menerajui rumah tu. Mula-mula takut la jugak sebab nak kene jadi pemimpin kat asrama penuh..Dah la aku ni tak pegang jawatan pape mase skola lame dari tingkatan 1 sampai 3 (konon nak tumpu kat pelajaran je) . Tapi bile pikir balik, rilek la . .Markah tinggi kot untuk masok U. Lagi pun ape sangat jawatan ni setakat keje mase Hari Olahraga je .. Lagi pun KR n PKR ni automatik dapat jadi Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) tanpa masok 3 peringkat saringan yang macam nak masok askar tu.HaHa! Beberapa minggu lepas tu, cikgu panggil semua KR dan PKR setiap rumah,ade mesyuarat katenye.

  Kitorang kene pergi Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Peringkat Kebangsaan atau nama glemernye KESUMA . Dalam hati aku nih, 'mantap giler SBP siap ade Kursus Peringkat Kebangsaan lagi. Penting sangat kerrr?' . Kursus untuk tahun 2011 kat SBPI Gopeng,Perak n untuk tahun 2012 kat SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS),Pahang. Alhamdulillah..mase kursus ni la baru terbukak mate kitorang pasal Kepimpinan dan Sistem Rumah kat SBP. Sangkaan aku pada awalnya meleset. KR dan PKR di SBP bukan hanya perlu turun padang ketika olahraga sahaja. Malah kami ditugaskan untuk memantau Disiplin, Ko-Kurikulum, Akademik dan 3K(Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) ahli rumah masing-masing. (Banyak keje tuh). Kitorang gak bleh tengok betapa besarnya jaringan SBP kat Malaysia ni dan belajar cara pembawakan diri seseorang pemimpin dari segi emosi , percakapan , pergaulan, imej ,mutu dan keunggulan ,cara berjalan dan postur badan. Boleh jumpa dengan dak2 SBP yang hardcore n tanya pasal kehidupan kat SBP yg sebenarnya . Nanti snang la kitorang nak mencorakkan anak2 buah.(sedey tak de senior) .

                                    Ni video KESUMA dekat SEMSAS
                           http://www.youtube.com/watch?v=pf2HUpgkFC4
                                 ...Banyak Lagi Nak Citer... To Be Continue . .

Saturday, 23 February 2013

Sistem Rumah SBP

    Hari ni nak cakap pasal Sistem Rumah di SBP . ok,  pertama sekali saya nak beri pengenalan berkaitan sistem nie. Pelajar dan guru2 di 65 buah (akan bertambah) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia sudah sering kali disogokkan diperdengarkan berkenaan matlamat ketiga penubuhan SBP iaitu Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

    Jadi, untuk merealisasikan matlamat ini, semua SBP di seluruh Malaysia melaksanakan Sistem Rumah atau ISIS (Integrated Student Information System) . Melalui sistem ni, Ketua Rumah (KR) , Penolong Ketua Rumah (PKR) , dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi setiap rumah perlu memainkan peranan yang penting dalam memandu memimpin ahli rumah mereka untuk cemerlang dalam segala aspek iaitu Sahsiah , Akademik , Ko-Kurikulum dan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K)-kamar . Kesemua aspek ini akan dinilai secara individu dan setiap individu bertanggungjawab untuk menyumbangkan markah yang tinggi kepada rumah masing2.

    Pelajar akan ditempatkan di kamar (dorm) di bawah rumah yang sama yang mewakili warna masing2. Hiasan dan cadar pun perlu mengikut warna rumah supaya semangat rumah tersebut dapat ditonjolkan dan akhirnya sebati dalam kehidupan masing2 .

  Contoh Kamar Setiap Rumah di SM Sains Hulu Terengganu

Salah satu Kamar Rumah Merah - Tok Janggut -
                                
Salah Satu Kamar Rumah Kuning - Tok Raja Ri

Salah Satu Kanar Rumah Hijau - Tok Belian

Salah Satu Kamar Rumah Biru - Tok Indera


Kat atas nie adalah contoh2 kamar di sekolah saya dulu. Nama2 rumah bagi setiap SBP adalah berbeza mengikut pengurusan masing2 .