Pages

Wednesday, 27 February 2013

Aku Seorang Penolong Kapten Rumah (PKR) (Part 1)

                                                                            
    Assalamualaikum..Hari ni nak coretkan sedikit sebanyak kisah hidup aku yang aku takkan lupa seumur hidup aku. In the previous post, aku da citer pasal Sistem Rumah di SBP. Skarang nak masok lebih spesifik, pasal pengalaman sepanjang jadi Penolong Ketua Rumah (PKR) . Mula-mula aku jadi PKR tahun 2011 selepas mula mendaftar di SM Sains Hulu Terengganu (SaHuT) n mase tu aku Form 4. (skola tu baru bukak so aku la first batch kat situ) .<Mase form 5 pun aku diberi kepercayaan sekali lagi untu pegang jawatan tu>. Citernye macam ni, mase mesyuarat agong kali pertama rumah tu, berlangsung la pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi . Since kitorang semua masih baru dan tak berapa bercampur dengan junior so,para junior tu tak tau la nak pilihan sape . Diorang pusing belakang(aku dok kat belakang2 la jgk) ,nampak aku dan nametag ku. Dengan tak semenanya namaku dicalonkan .Ape ke jadah semuanya ni..????

  Selepas kenalkan diri dan undi2, aku la insan yang dipilih untuk menerajui rumah tu. Mula-mula takut la jugak sebab nak kene jadi pemimpin kat asrama penuh..Dah la aku ni tak pegang jawatan pape mase skola lame dari tingkatan 1 sampai 3 (konon nak tumpu kat pelajaran je) . Tapi bile pikir balik, rilek la . .Markah tinggi kot untuk masok U. Lagi pun ape sangat jawatan ni setakat keje mase Hari Olahraga je .. Lagi pun KR n PKR ni automatik dapat jadi Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) tanpa masok 3 peringkat saringan yang macam nak masok askar tu.HaHa! Beberapa minggu lepas tu, cikgu panggil semua KR dan PKR setiap rumah,ade mesyuarat katenye.

  Kitorang kene pergi Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Peringkat Kebangsaan atau nama glemernye KESUMA . Dalam hati aku nih, 'mantap giler SBP siap ade Kursus Peringkat Kebangsaan lagi. Penting sangat kerrr?' . Kursus untuk tahun 2011 kat SBPI Gopeng,Perak n untuk tahun 2012 kat SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS),Pahang. Alhamdulillah..mase kursus ni la baru terbukak mate kitorang pasal Kepimpinan dan Sistem Rumah kat SBP. Sangkaan aku pada awalnya meleset. KR dan PKR di SBP bukan hanya perlu turun padang ketika olahraga sahaja. Malah kami ditugaskan untuk memantau Disiplin, Ko-Kurikulum, Akademik dan 3K(Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) ahli rumah masing-masing. (Banyak keje tuh). Kitorang gak bleh tengok betapa besarnya jaringan SBP kat Malaysia ni dan belajar cara pembawakan diri seseorang pemimpin dari segi emosi , percakapan , pergaulan, imej ,mutu dan keunggulan ,cara berjalan dan postur badan. Boleh jumpa dengan dak2 SBP yang hardcore n tanya pasal kehidupan kat SBP yg sebenarnya . Nanti snang la kitorang nak mencorakkan anak2 buah.(sedey tak de senior) .

                                    Ni video KESUMA dekat SEMSAS
                           http://www.youtube.com/watch?v=pf2HUpgkFC4
                                 ...Banyak Lagi Nak Citer... To Be Continue . .

No comments:

Post a Comment