Hari ni nak cakap pasal Sistem Rumah di SBP . ok, pertama sekali saya nak beri pengenalan berkaitan sistem nie. Pelajar dan guru2 di 65 buah (akan bertambah) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia sudah sering kali
disogokkan diperdengarkan berkenaan matlamat ketiga penubuhan SBP iaitu
Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
Jadi, untuk merealisasikan matlamat ini, semua SBP di seluruh Malaysia melaksanakan Sistem Rumah atau ISIS (Integrated Student Information System) . Melalui sistem ni, Ketua Rumah (KR) , Penolong Ketua Rumah (PKR) , dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi setiap rumah perlu memainkan peranan yang penting dalam
memandu memimpin ahli rumah mereka untuk cemerlang dalam segala aspek iaitu
Sahsiah , Akademik , Ko-Kurikulum dan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K)-kamar . Kesemua aspek ini akan
dinilai secara individu dan setiap individu bertanggungjawab untuk menyumbangkan markah yang tinggi kepada rumah masing2.
Pelajar akan ditempatkan di kamar (dorm) di bawah rumah yang sama yang mewakili warna masing2. Hiasan dan cadar pun perlu mengikut warna rumah supaya semangat rumah tersebut dapat ditonjolkan dan akhirnya sebati dalam kehidupan masing2 .
Contoh Kamar Setiap Rumah di SM Sains Hulu Terengganu
|
Salah satu Kamar Rumah Merah - Tok Janggut - |
|
Salah Satu Kamar Rumah Kuning - Tok Raja Ri |
|
Salah Satu Kanar Rumah Hijau - Tok Belian |
|
Salah Satu Kamar Rumah Biru - Tok Indera |
Kat atas nie adalah contoh2 kamar di sekolah saya dulu. Nama2 rumah bagi setiap SBP adalah berbeza mengikut pengurusan masing2 .
No comments:
Post a Comment