Tapi bukan itu yang aku nak cerita.
Actually aku plan , hari sebelum result iaitu 20 Mac , aku nak duduk berhadapan dengan umi,abah n nak buat pengakuan
"kakak target berapa ?". abah
Ahh sudaahh...aku nak jawap ape ni ...? ok3. ikhlaskan diri. "emm..6A jer".
"aikk? 6A jer? Semua subjek ada berapa?". abah
Aku dah agak dah . .Mesti dy terkejut ni . "semua 9 subjek. Erm, bagi kakak kalau dapat 6A pun memang nasib baik la".
"macam mne dengan 8A?" aku geleng gear 5 . "7A pun tak target?" aku geleng lagi gear 3.
Kalau la abah tanye '9a?' ,.Aku geleng gear 10 ler jawapnya.
Aku rasa bersalah gak sebab terpaksa jawap sebegitu rupa. Seolah-olah aku ni bagi gambaran bahawasanya akademik aku tak berapa baik @ aku tak buat sehabis baik. Tapi aku lagi tak sanggup bagi harapan palsu kat abah dengan mengatakan yang aku target 9A .
Kalau masa PMR dan UPSR dulu aku berani dan yakin target semua A (Alhamdulillah, aku berjaya) , tapi tak untuk SPM . SPM ni satu peperiksaan yang kita tak boleh nak jangka . Macam2 kemungkinan boleh berlaku.
Aku rasa abah dengan umi letak harapan yang tinggi @ yakin sangat dengan aku . Like every parents in Malaysia la. Since aku dah berjaya dapat Straight A's untuk PMR dan UPSR , mungkin mereka fikir aku juga akan berjaya dapat semua A untuk SPM. Tambah pulak aku ni pelajar Sekolah Berasrama Penuh .. Everybody put much hope in me including both of my big family and neighbors .
Ntalah...tunggu dan lihat la nanti.
Tabungan Maya Saya ---> Klik la kalau sudi. thanks ..
Akak kalu result dapat bio and add math b+, kimia b,fizik c+....layak tak masuk upm untuk ambil asasi sains pertanian
ReplyDeleteHai Hye Sun! Mengikut laman web di Pusat Asasi sains Pertanian UPM, syarat kelayakan untuk memohon adalah
DeleteMemiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biology, Chemistry, Mathematics dan Additional Mathematics;
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SALAH SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
Physics
Sains Pertanian
Pengajian Agroteknologi
DAN
Kepujian (Gred C+) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
* Jadi menurut akak, adik punya Fizik C+ tapi syarat yang diberi ialah sekurang-kurangnya B .
Harap dapat membantu. maaf lambat reply