Pages

Thursday, 14 March 2013

Fungsi Ekor Kucing

thanks uncle google

Salam.. Hari ni teringin nak bercerita tentang kucing (atau secara spesifiknyer tentang fungsi ekor kucing) .Aku search kat google, asyik kuar  blog indon jer. Berbulu mata aku nak baca and translate at the same time. So, aku search yang English punyer. kat SINI . Untuk mempermudahkan pembacaan, aku try translate. (Kalau guna google translater, hancuss).

MENGGAMBARKAN EMOSI
Nak tau emosi kucing melalui pergerakan ekornya . .?Ini dia

  • Ekor tegak memanjang penuh : ucapan mesra kepada kucing lain atau manusia
  • Ekor perlahan-lahan melengkung ke bawah, kemudian naik di hujung - kucing tenang dan selesa dengan persekitaran 
  • Ekor diangkat sedikit dan perlahan-lahan melengkung - kucing berminat terhadap sesuatu 
  • Ekor diturunkan dan mungkin terletak di antara kaki belakang - tanda kekalahan atau redha berserah
  • Ekor dihayun dari sisi ke sisi - kucing yang sedang marah dan bersedia untuk menyerang 
  • Ekor berkeadaan biasa tetapi hujung masih bergerak-gerak - tidak berpuas hati tehadap sesuatu @ berjaga-jaga
  • Ekor kekal di salah satu sisi badan -jemputan seksual oleh sang betina  

yang selebihnya (google)


KESEIMBANGAN

  • Mereka menggunakannya untuk mengimbangkan diri.Tetapi, kucing tanpa ekor juga boleh bergerak seperti biasa.
  •  Jika kucing berjalan di sepanjang tebing sempit dan mahu menoleh ke satu sisi, ianya secara automatik akan mengalihkan ekornya ke sisi lain untuk mengembalikan pusat graviti badan .
 PEMBURUAN
  • Kucing akan cuba untuk menarik perhatian buruannya dengan menghayun-hayunkan ekornya. (buruan akan menjadi terpegun)
  • Kucing kadang2 tak boleh nampak buruannya kalau dalam keadaan statik/ tak bergerak. Jadi,ia akan menghayunkan ekor untuk mendorong mangsanya bergerak (walaupun sedikit) agar ia dapat mengetahui kedudukan sebenar buruannya.
That's all for today. Semoga dapat memberi manfaat ! (^_^)


No comments:

Post a Comment