Tapi tiba-tiba datang keinsafan dalam diri. Iklan yang dipaparkan tu walaupun sekadar iklan berkenaan syarikat telekomunikasi, model yang diaparkan tu tak menutup aurat sepenuhnya. Bila saya benarkan iklan tu untuk dipaparkan di blog saya, bukankah secara langsung saya akan membantu memaparkan aurat dia kepada umum? Lalu apa status duit yang saya dapat melalui paparan itu? Apa pula status saya di dalam kubur nanti selagi mana iklan-iklan seperti itu kekal menjadi tatapan mata pengunjung blog saya setelah saya tiada lagi di alam fana ini? Tak sanggup saya bayangkan.
Jadi saya ambil keputusan untuk nyahaktif iklan-iklan tersebut & terkuburlah niat saya untuk menjana pendapatan melalui iklan di blog saya. Tak apa, mungkin rezeki saya di bahagian dunia yang lain. Semoga perkongsian saya ini dapat menjadi iktibar kepada para pembaca. Sentiasalah analisa setiap keputusan yang kita ambil, adakah baik untuk agamaku,akhiratku,diriku,keluargaku,bangsaku?
p/s: -mencuba penulisan menggunakan Bahasa Melayu yang penuh. (tinggalkan dunia bahasa pasar ^_^)
-pening fikir tajuk apa nak pilih untuk projek tahun akhir -_-''
10.48 PM
Kg. Seterpa Sungai,
Kota Bharu,
Kelantan
No comments:
Post a Comment