Pages

Tuesday 15 November 2016

Al-Kisah Pembentangan Individu a.k.a Public Speaking

Memang dah jadi kebiasaan seorang Huril untuk tiba-tiba blur waktu pembentangan. Dia jadi macam satu kewajipan.Hahaha! Tengah syok present (mungkin sebab terlalu selesa sebab da hafal teks baekk punya lancar) , aku akan tiba-tiba tersasar fokus dan akan datang ayat dalam kepala seolah-olah mengejutkan aku dari lamunan. Eh! Ko kat depan tengah buat pembentangan la. Cepat2! Sambung pembentangan tu! Haaaaaaa .. amek kau, bila nak sambung tu dah lupa balik teks yang hafal kemain tu. Huhuhuhu... Nasib badan... Tips yang aku cuba guna lepas berkali-kali terbabas ni selalu tak berkesan je. Korang try la pulak. Mane tau ok ke.hihihihi

Tips pembentangan;
1- Sentiasa fokus setiap patah perkataan yang anda keluarkan (kalau pembentangan anda memerlukan hafalan teks yang panjang) . Sebab kalau anda khayal je walau 1 saat, anda akan lupa apa perkataan/ ayat yang terakhir tadi yang akan diguna sebagai panduan untuk menuturkan ayat selanjutnya. Nak patah balik memang tak boleh la kan.huhuhuhu

2- Otak/memori harus seiring dengan mulut/pertuturan. Kadang-kadang kalau kita memang cukup bersedia, cukup dengan hanya mengingat/fokus/sebut ayat-ayat awal, mulut kita akan secara automatik sebut ayat seterusnya dengan lancar tanpa masalah. Kita pun apa lagi, terus hilang fokus. (Berkait dengan tips 1). Jangan ya tuan-tuan , puan-puan ... Bahaya.

3- Sila bernafas dengan tenang. Kalau kita nak buat pembentangan ni, memang jantung berdegup laju macam nak tercabut dari tangkai kan? Hihihihi. Rasa macam ada kuda berlari dalam dada ni. Aduhh.... Jadi pernafasan pun tersekat-sekat. Kita nak menyebut perkataan pun susah. Cuba ambil masa antara ayat untuk tarik nafas dan lepas perlahan-lahan. Senyum kepada penonton dan sambung ayat. Tak rugi pun okay.

4. Guna ayat yang power atau hebat. Penonton akan kagum dan tunjukkan minat. Bila mereka tunjuk reaksi berminat, kita pun akan jadi bersemangat dan kurang gugup. Hari tu walaupun sepanjang 5 minit lebih pembentangan, aku rasa macam aku buat sangat tak cemerlang, masa penutup aku guna 1 ayat power ni. Jumpa dalam internet juga. Anda boleh cari tips-tips pembentangan yang hebat melalui internet ni. Tak rugi pun. Ayatnya lebih kurang macam ni, 'I have come to the end of my speech, I hope you guys have gained more new positive inputs from my speech. May the transformational force be with you (masa ni ada penonton-penonton yang cakap wow..woo.. n bunyi-bunyian kagum la.hihihi. bukan riak ni. Tips ^_^.hahahaha) . Assalamualaikum and thank you. Haaa gitu...

Baiklah... semoga ada yang membantu.Maaf lah atas segala kekurangan. Saya bukanlah pembentang tegar. Hanya seorang pelajar yang melakukan pembentangan untuk memenuhi tuntutan akademik & berkongsi ilmu. Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w .

Sekian, Assalamualaikum...
16 November 2016 (12.42 am)
Kolej 15 UPM Serdang