Assalamualaikum..
Posting yang pendek. Butang 'ENTER' pada laptop a.k.a komputer riba saya rosak dah sekian lama. Nak baiki mestilah pakai duit kan. Hehehe...
Saya jumpa kat laman web yang bincang2 pasal teknologi ni. Alternatif lain untuk menjalankan fungsi seperti butang 'ENTER' adalah dengan menekan 'ctrl' dan diikuti 'M' .
Lepas tu kalau laptop ada aplikasi 'On-Screen Keyboard' , boleh la guna. Cuba search kat laptop masing, ada tak? 😆
Sekian..semoga membantu
P/S: Hari ni dah selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W ke belum?
a very shy girl that excited to share informations, memories and thoughts(^_^)
Monday, 13 March 2017
Wednesday, 18 January 2017
Iklan Berbayar di Blog: Mahu Tapi . .
Setiap kali daftar masuk blogger account, selalu nampak notis untuk tambah pendapatan melalui iklan 'adsense' di blog. Memandangkan blog ni traffic a.k.a lalu lintas agak tinggi bagi sesetengah topik yang di muat naik, rasa berminat nak tambah duit poket tu ada. Dulu pernah ada letak iklan dekat blog ni, dapat la kumpul dalam sesen dua tu.hehehe. Lupa pula jumlah yang betul & iklan apa.
Tapi tiba-tiba datang keinsafan dalam diri. Iklan yang dipaparkan tu walaupun sekadar iklan berkenaan syarikat telekomunikasi, model yang diaparkan tu tak menutup aurat sepenuhnya. Bila saya benarkan iklan tu untuk dipaparkan di blog saya, bukankah secara langsung saya akan membantu memaparkan aurat dia kepada umum? Lalu apa status duit yang saya dapat melalui paparan itu? Apa pula status saya di dalam kubur nanti selagi mana iklan-iklan seperti itu kekal menjadi tatapan mata pengunjung blog saya setelah saya tiada lagi di alam fana ini? Tak sanggup saya bayangkan.
Jadi saya ambil keputusan untuk nyahaktif iklan-iklan tersebut & terkuburlah niat saya untuk menjana pendapatan melalui iklan di blog saya. Tak apa, mungkin rezeki saya di bahagian dunia yang lain. Semoga perkongsian saya ini dapat menjadi iktibar kepada para pembaca. Sentiasalah analisa setiap keputusan yang kita ambil, adakah baik untuk agamaku,akhiratku,diriku,keluargaku,bangsaku?
p/s: -mencuba penulisan menggunakan Bahasa Melayu yang penuh. (tinggalkan dunia bahasa pasar ^_^)
-pening fikir tajuk apa nak pilih untuk projek tahun akhir -_-''
10.48 PM
Kg. Seterpa Sungai,
Kota Bharu,
Kelantan

Subscribe to:
Posts (Atom)