Pages

Thursday, 28 February 2013

. . Dendamku Pada nya . .


    Tersebutlah kisah di sebuah rumah di pinggir bandar Kota Bharu . Sleeping Beauty Tiga beradik sedang lena dibuai mimpi (tak tau indah ke tak sebab mimpi masing2) .

  Lebih kurang pukul 3, 4 pagi kot kitorang perasan bilik kitorang diserang nyamuk yang maha banyaknye. Baru la aku ingat yang sebelum masuk tidur,aku lupa nak perap ubat nyamuk yang spray tu dalam bilik. Adik Ika tu memang dah tarik diri tidur kat ruang tamu, lepas tu kak cik pulak ikut sekali. Aku? Malas punya pasal, sanggup tarik selimut tebal sampai tutup kepala.  Aku perasan jugak umi ada masuk bilik lepas tu spray ubat nyamuk bawah katil. Thanks umi! (rase macam jadi baby balik)

     Berapa lama sangat boleh tahan. Natijah lemas dan panas akhirnya selimut tu melorot balik seterusnya mendedahkan aku kepada serangan fizikal nyamuk2 tu. Mental aku pun diaorang seksa jugak dengan buat bunyi2 yang bagi aku sangat annoying. Aku buat tak tau je lepastu sedar-sedar dah azan subuh . Yang ni aku terima kasih banyak-banyak kat nyamuk tu sebab tolong kejut .(TAPI DENDAM AKU TAK ABIS LAGI).
   
     Sebelum masuk bilik air, sempat la aku spray ubat nyamuk tu dalam bilik ala-ala bomba padamkan kebakaran sebab geram sangat. Aku tak kisah la badan aku ni bintik2 or merah2..Tapi gatal tu menganggu konsentrasi tidur aku! Lepas tekan suis lampu , nampak 2,3 ekor nyamuk tengah terbang baekk punya. Aku pun ape la, Pap! Pap! Pap! . Puas hati aku! Rasekan!

        Episod pembalasan dendam aku tak habis lagi, sebelum ambik wuduk ade la 3, 4 ekor nyamuk yang terkorban .Walaupun mungkin ada diantara mereka yang tak terlibat dalam serangan Al-Qaeda dalam bilik aku, "Ade Aku Kisah..??" . Ni laa kisah Dendamku Pada Nyamuk.

  Moral of the story, I Will Never Forget To Spray The Shieldtox or Fumakilla or Whatever in My Bedroom Before Going To Sleep . . .

Wednesday, 27 February 2013

Aku Seorang Penolong Kapten Rumah (PKR) (Part 1)

                                                                            
    Assalamualaikum..Hari ni nak coretkan sedikit sebanyak kisah hidup aku yang aku takkan lupa seumur hidup aku. In the previous post, aku da citer pasal Sistem Rumah di SBP. Skarang nak masok lebih spesifik, pasal pengalaman sepanjang jadi Penolong Ketua Rumah (PKR) . Mula-mula aku jadi PKR tahun 2011 selepas mula mendaftar di SM Sains Hulu Terengganu (SaHuT) n mase tu aku Form 4. (skola tu baru bukak so aku la first batch kat situ) .<Mase form 5 pun aku diberi kepercayaan sekali lagi untu pegang jawatan tu>. Citernye macam ni, mase mesyuarat agong kali pertama rumah tu, berlangsung la pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi . Since kitorang semua masih baru dan tak berapa bercampur dengan junior so,para junior tu tak tau la nak pilihan sape . Diorang pusing belakang(aku dok kat belakang2 la jgk) ,nampak aku dan nametag ku. Dengan tak semenanya namaku dicalonkan .Ape ke jadah semuanya ni..????

  Selepas kenalkan diri dan undi2, aku la insan yang dipilih untuk menerajui rumah tu. Mula-mula takut la jugak sebab nak kene jadi pemimpin kat asrama penuh..Dah la aku ni tak pegang jawatan pape mase skola lame dari tingkatan 1 sampai 3 (konon nak tumpu kat pelajaran je) . Tapi bile pikir balik, rilek la . .Markah tinggi kot untuk masok U. Lagi pun ape sangat jawatan ni setakat keje mase Hari Olahraga je .. Lagi pun KR n PKR ni automatik dapat jadi Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) tanpa masok 3 peringkat saringan yang macam nak masok askar tu.HaHa! Beberapa minggu lepas tu, cikgu panggil semua KR dan PKR setiap rumah,ade mesyuarat katenye.

  Kitorang kene pergi Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Peringkat Kebangsaan atau nama glemernye KESUMA . Dalam hati aku nih, 'mantap giler SBP siap ade Kursus Peringkat Kebangsaan lagi. Penting sangat kerrr?' . Kursus untuk tahun 2011 kat SBPI Gopeng,Perak n untuk tahun 2012 kat SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS),Pahang. Alhamdulillah..mase kursus ni la baru terbukak mate kitorang pasal Kepimpinan dan Sistem Rumah kat SBP. Sangkaan aku pada awalnya meleset. KR dan PKR di SBP bukan hanya perlu turun padang ketika olahraga sahaja. Malah kami ditugaskan untuk memantau Disiplin, Ko-Kurikulum, Akademik dan 3K(Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) ahli rumah masing-masing. (Banyak keje tuh). Kitorang gak bleh tengok betapa besarnya jaringan SBP kat Malaysia ni dan belajar cara pembawakan diri seseorang pemimpin dari segi emosi , percakapan , pergaulan, imej ,mutu dan keunggulan ,cara berjalan dan postur badan. Boleh jumpa dengan dak2 SBP yang hardcore n tanya pasal kehidupan kat SBP yg sebenarnya . Nanti snang la kitorang nak mencorakkan anak2 buah.(sedey tak de senior) .

                                    Ni video KESUMA dekat SEMSAS
                           http://www.youtube.com/watch?v=pf2HUpgkFC4
                                 ...Banyak Lagi Nak Citer... To Be Continue . .

Akhirnya ...Bergerak juga kereta itu


    Pepagi lagi Cik Mie (cikgu memandu aku) da datang ambik kat umah. Perasaan time tu,xleh nak cakap ler. Hari ni step seterusnya lepas aku da selesai masuk kelas KPP , lulus ujian undang2 dengan jayanye (full marks (^_^)  and Bengkel Teori 3 jam. Ya ! Hari ni mula la kelas belajar memandu amali aku. Kalo sebelum ni aku juz dengar citer pengalaman kawan2 n sepupu pasal diorang punya pengalaman belajar kete., hari ni tibe giliran aku. Macam2 da preparation aku da buat.. Tengok bidio orang belajar memandu kat youtube sampai la tengok simulasi enjin kereta berfungsi (aik?perlu  ke?) haha.

  Ble da selesai daftar, aku duduk kat kerusi sambil bukak buku Survival Kit Pelajar IPT. Boleh fokus dalam 2 minit je, lepas tu otak da menerawang masok dalam kereta. Hadoii... jadi,untuk tidak merugikan mukasurat buku aku

Saturday, 23 February 2013

Waiting For The Most Important Examination's Results

             I'm now 18 years old and so excited to know my Malaysian Certificate of Education (SPM) examination's result that will be announced this March .The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), or the Malaysian Certificate of Education, is a national examination taken by all fifth-year secondary school students in Malaysia. It is set and examined by the Malaysian Examinations Syndicate .SPM is equivalent to the O-Level .
My Friends and I During Examination


(I'm making this blog in order to improve my English before furthering my study in university) .My friends, parents, teachers and I had sacrifice (The giving up of something of great value to oneself for a special purpose, to benefit someone) a lot.

Why I'm telling you that this exam is important? Let me tell you something. During the announcement of results' day , all of us will receive A LOTS OF phone calls and text messages from all relatives and neighbors to ask about our results whether straight A's or not . <if the results are excellent , it's okay | but if not, you will feel free to slam your cellphone every time they ask about it> hehe .



 This situation will continue for at least 3 month .(am I too much?) . For unfortunate students that do not achieve an excellent results, they will feel sad.(so sad to think about it...) . Using this result, we will be able to apply for furthering our study to university in any course that is suitable with our result. Students with a flying colours' result mostly will receive scholarship from many organisation in Malaysia . ( I wish that I'm one of them) aminn . .

Example of SPM's Result



Sistem Rumah SBP

    Hari ni nak cakap pasal Sistem Rumah di SBP . ok,  pertama sekali saya nak beri pengenalan berkaitan sistem nie. Pelajar dan guru2 di 65 buah (akan bertambah) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia sudah sering kali disogokkan diperdengarkan berkenaan matlamat ketiga penubuhan SBP iaitu Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

    Jadi, untuk merealisasikan matlamat ini, semua SBP di seluruh Malaysia melaksanakan Sistem Rumah atau ISIS (Integrated Student Information System) . Melalui sistem ni, Ketua Rumah (KR) , Penolong Ketua Rumah (PKR) , dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi setiap rumah perlu memainkan peranan yang penting dalam memandu memimpin ahli rumah mereka untuk cemerlang dalam segala aspek iaitu Sahsiah , Akademik , Ko-Kurikulum dan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K)-kamar . Kesemua aspek ini akan dinilai secara individu dan setiap individu bertanggungjawab untuk menyumbangkan markah yang tinggi kepada rumah masing2.

    Pelajar akan ditempatkan di kamar (dorm) di bawah rumah yang sama yang mewakili warna masing2. Hiasan dan cadar pun perlu mengikut warna rumah supaya semangat rumah tersebut dapat ditonjolkan dan akhirnya sebati dalam kehidupan masing2 .

  Contoh Kamar Setiap Rumah di SM Sains Hulu Terengganu

Salah satu Kamar Rumah Merah - Tok Janggut -
                                
Salah Satu Kamar Rumah Kuning - Tok Raja Ri

Salah Satu Kanar Rumah Hijau - Tok Belian

Salah Satu Kamar Rumah Biru - Tok Indera


Kat atas nie adalah contoh2 kamar di sekolah saya dulu. Nama2 rumah bagi setiap SBP adalah berbeza mengikut pengurusan masing2 .








Intro by By Budak Malu

  Assalamualaikum. . Ni post pertama aku dan aku sangat rasa janggal .(sebab tu muka tak brape nak senyum) hehe . Ok, aku harap blog ni akan menjadi tempat untuk aku berkongsi maklumat dan untuk diri ku, menggunakan masa dengan efektif sempena cuti sebelum melangkah ke menara gading . Tak sabar nak post sesuatu yang bermanfaat kepada diri aku sendiri dan orang lain . ok (^_^) N satu lagi , blog ni akan jadi tempat untut aku catat perjalanan hidup aku supaya tak lupa ditelan masa .  .