Pages

Friday, 25 April 2014

ASPER UPM (Minggu Terakhir:Pemilihan Program Ijazah)

3.15 am

Pagi tadi  adalah Kuliah Terakhir aku dan rakan-rakan di ASPER 2013/2014. Em,.esok da mula study week untuk final exam . Aku tak berniat pun nak update things kat sini tapi tetibe rase nak moncoret  plak.   Kelmarin aku baru lepas hantar  borang untuk permohonan ke Program Ijazah dI UPM. Ala-ala UPU la sikit tapi UPM punye sebab lepasan ASPER memang diserap ke program ijazah di sini unless kalau pegi U swasta..

Perasaan aku mase pilih program ijazah tu tak dapat  aku gambarkan dengan kata-kata. Sangat cuak! Ya, dulu aku bagitau pada diri aku dan keluarga aku yang aku bakal memilih program Doktor Perubatan Veterinar tapi tu dulu! (eh,emo plak,.huhu) . Aku sedar pointer aku tak melayakkan aku untuk program tu, so aku pilih program yg insya'Allah sesuai dengan pencapaian aku .(ukur baju biarlah di badan sendiri,yedokk?).

Selain tu aku pilih program yang aku minati . Itulah yang kebanyakan lecturer aku bagitau dan yang paling penting, abah pernah cakap macam tu dulu. Katanya, "abah tau betapa seksa belajar benda yang kita tak minat". lebih kurang macam tu la .

People change as time change kan? Dulu aku pernah cakap, dalam banyak-banyak bidang profesional dalam dunia ni, bidang perguruan yang aku akan pick paling akhir. Sebab aku tau susah untuk jadi seorang guru yang baik (baik macam abah aku) huhu.  Tapi alih2 aku letak bidang perguruan tu tempt kedua dalam 5 pilihan tu! haha..aku pun pelik macam mane bleh jadi macam tu.

Em.., so sekarang i need to prepare for my two weeks final exam n packing untuk balik kampung!!! Dah 5 bulan kot aku tak balik umah. Sekarang ni aku hanya berdoa dan bertawakkal semoga aku dapat program ijazah yang terbaik dan kene dengan minat n kemampuan aku. Ok la da lewat ni ...salam...

3.47 am


Saturday, 22 February 2014

ASPER (a letter to a bestfriend)


Sunday, 2.20 pm (6th week of 3rd semester in ASPER)

Minggu ni minggu test 1 sebenonye. Hihi...sempat lagi update blog sebab nak berkongsi something. Untuk semester 3 ASPER laluan perdana, salah satu subjek yang kita akan ambil adalah Introduction to ICT and Its Application.Fun subjek ni! Semalam lebih kurang pukul 2.50 pagi aku dah siap submit tugasan yang dia bagi Jumaat lepas. Salah 1 tugasan tu adalah menulis surat kepada seorang kawan, di sini ade dilampirkan surat tu.... (nak tunjuk surat je sebenonye,mukaddimah punye la panjang). Selamat membaca! (abaikan kesalahan grammar & whatsoever . keje pukul 2 pagi,gitu la ghopenye...-_-) Tabungan Maya Saya --> klik la kalau sudi



Mimi tu name penuhnye Nur Syamimi Alwani binti Yushalani. Comel dan baek je budak tu. Walaupun dy anak orang kaye, tapi tak berlagak. Emm... da lame tak jumpa. Kat Facebook pun aku just stalk je.hihihi! Nanti la aku munculkan diri. (satu hari nanti,kalau Mimi bace surat ni, Huril mintak maaf kalau ade fakta yang silap especially pasal Barbie doll tu,.hihihi.tak ade idea nk submit. satu agi! mintak halal yer gambar awk ni .Vous ĂȘtes si belle ! )



Ok lah. Thats all for today. Nak study Physics plak! Tatatata!

Wednesday, 29 January 2014

Kehidupan Di Asasi Sains Pertanian UPM (briefly)

00 15 OGOS 2016 : Saya mohon maaf sebab tak dapat nak membalas komen-komen pertanyaan dari anda semua bakal pelajar ASPER atau yang berminat. Hal ini demikian kerana saya sudah lebih 2 tahun meninggalkan Asasi Sains Pertanian UPM. Sudah banyak yang saya lupa berkenaan maklumat-maklumat dan sistem ASPER. Kemungkinan sistem telah berubah dan saya takut saya tersalah memberi informasi. Penceritaan saya di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya 2 tahun lepas (2014). Harap anda semua memahami dan menikmati penulisan dari saya. Maaf dan terima kasih ^_ ^ 00

00.50 am ...

Salam... Di entri kali ni aku akan cerita tentang rutin hidupku sepanjang bergelar pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER) UPM. Firstly aku nak bagitau, kebiasaan pelajar ASPER Laluan Perdana (Kemasukan Mei/Jun) mereka akan di tempatkan di kolej yang paling awesome diantara 17 kolej yang ada kat UPM ni, which is Kolej 13! huhuhuhu!. (okay, sekarang 2015 pelajar ASPER tak semestinya duduk Kolej 13. Ada juga ditempatkan di kolej lain. Jangan cuak la ye kalau surat tawaran tak tulis Kolej 13 ^_^)
Ni Dewan Kolej 13 (theme colour blue yellow you olls!rare gituhh)

Pagi2 biasa aku bangun pkul 6.20 pagi,(terpulang la nk bangun pukul bape pun) ,then bersiap-siaplah. Mula-mula rase janggal jugak la sebab mase  kat asrama dlu pkul 5.50 pagi da kene terpacak kat surau Sahut tu untuk solat subuh berjemaah. Skang ni, di waktu yang same itu, aku ntah kemana-mana di alam mimpi.

Bagi ASPER, sebahagian besar kuliah bermula pukul 8 pagi  so, aku akan turun ke tmpat menunggu bas (tak jauh pun) pukul 7.00 / 7.10 pagi . Tapi sebahagian besar pelajar lebih gemar pi tunggu bas pukul 7.30 pagi ke atas. Yang aku tak  gemar, kalau turun lewat2,confirm kene berasak-asak nak naik bas and paling teruk kalau kene berdiri dalam bas tu. *Berbicara  bercakap berkenaan bergerak ke kuliah ni, ada 3 alternatif untuk pelajar ASPER .:
 1) Naik bas (kekerapan bas melalui kawasan kolej : -+7 minit setiap bas),
 2) Naik basikal: ada laluan khas bagi basikal di kebanyakan bahagian UPM menuju fakulti,insya Allah selamat),
 3) Hang jalan kaki, hang berpeluh+nak tecabut kepala lutut baru sampai Pusat Asasi)

Elaun
Mana-mana pelajar lepasan SPM yang diterima masuk ke  program Asasi di universiti-universiti AWAM Malaysia atau Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia layak mendapat ELAUN .  Tak kira pendapatan keluarga anda walaupun tinggi melangit . Begitu jugak di ASPER! huhu... elaun dapat RM1250 untuk setiap semester. Diulangi, setiap semester . Alhamdulillah,., sedikit sebanyak bolehlah kurang kan beban parents kan.

Makan
Bab makan ni xpayah dok risau. Ada banyak kafe yang boleh anda kunjungi dengan pelbagai pilihan makanan *phewww...macam tengah buat iklan daaaa . 

Ujian / Peperiksaan
Mungkin ada yang sudah sedia maklum, ASPER mempunyai 3 semmester dalam jangka masa 1 Tahun .
Setiap semester mempunyai 2 kali Ujian dan 1 kali Peperiksaan Akhir. Jarak antara ketiga-tiga ujian ni adalah lebih kurang 4minggu kuliah. (macam berbelit je) . Macam ni, belajar 4 minggu, Ujian 1 seminggu . Then belajar 4 minggu lagi, Ujian 2 seminggu, then belajar 4 minggu pastu Final Exam 2 minggu. OK?  .
Bagi kebanyakan subjek, apa-apa topik yang sudah disoal @ dipelajari sebelum/dalam Ujian 1, tak akan ditanya dalam Ujian 2. dan soalan Peperiksaan Akhir tak akan meliputi topik yang sudah disoal @ dipelajari sebelum/dalam Ujian 1 & 2. (Tapi Fizik macam terkecuali je, sebab setiap kali final exam akan keluar soalan dari topik lepas2.hurrmmmm).

Contoh Kalendar Akademik ASPER 2013/2014
Contoh Jadual Kuliah ASPER {Semester 3)


Masa Lapang
Aku pun tak tahu nak huraikan faktor masa bagi pelajar ASPER ni . Kire banyak jugak kut mase lapang,... (ke, aku je yang rasa mase lapang kat sini banyak sebab kurang buat ulangkaji?) .haha!
 Ok la, waktu lapang aku aku isi dengan menonton televisyen. Setiap blok ada bilik TV yang dilengkapi ASTRO . uiiii.....godaan2 .
Kalau nak aktiviti yang lebih sihat, boleh lah pi berjogging sekitar UPM ni . Venue pilihan? Bukit Ekspo ! Pemandangan yang sangat indah (ehem...ehem..),  mampu menyegarkan minda dan hati yang gundah-gulana (insya Allah  dengan izinNya).
cc:mohd salim yunus (BUKIT EKSPO UPM)


uuuuuu....penat lah pulak . nanti kalau ade ape2 lagi yang aku nak kongsi akan aku update. Ok? Salam....

UPDATE
 7 Mac 2015
Memang tak ramai yang mintak sebab ramai lagi yang tak tahu kelebihan asasi sains pertanian (ASPER) ni. Padahal kalau diikutkan, asper ni lah salah satu asasi yang bagi peluang kepada pelajar untuk pilih laaaagiii banyak kursus bila degree nanti. Boleh amek engineering, medic, pendidikan and lain-lain SAME macam Asasi lain cuma tambah satu lagi cabang iaitu Pertanian. Bila nak masuk degree tak semestinya kena lanjutkan ke bidang pertanian. Itu yang orang tak tau. 

UPDATE 4 MAC
 Insha Allah,maaf yer lambat respond. Line internet kat sini kurang memuaskan.huuuuu...Satu lagi, sebelum awak semua tanya soalan , cuba baca komen2 yang lama kat bawah tu. Mungkin ada persoalan korang yang akak dah jawap berdasarkan soalan dari pengunjung yang lepas . Okay ? Sebab akak terima banyak soalan yang berulang . Selamat datang ke UPM !

P/S : Pukul 7.00 pm sampai 10.30 pm berada di Masjid Putrajaya sempena Majlis Kesyukuran Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2014.

Entri lain tentang ASPER
Kenali Kolej 13 (Asasi Sains Pertanian)
Checklist Barang Keperluan ke Asasi Sains Pertanian UPM
Asasi Sains Pertanian (Semester 3)

Sunday, 19 May 2013

Asasi Sains Pertanian UPM (Preparation Week)

...20Mei2013...0100


Aku dapat ASPER seperti yang aku impikan dari dulu . 1st step: aku join group ASPER 2013/2014 yang wujud beberapa jam lepas keputusan UPU keluar 17 Mei 2013. Memang terbaek la diorang ni . Malas nak citer panjang2 .. Da ngantok.


flashback jap..

18 Mei 2013
 Aku bawak keluar semua baju2 kurung yang akan kene bawak ke UPM. Baru aku sedar baju kurung aku da mencecah 20 helai . Banyak dowh! Blouse?xder...Kemeja?xderr...Peplum dress?xderrrrr! T-shirt hado lah. #i hate fashion

19 Mei2013
--- Lepas balik kelas memandu.,
1) Print out borang perjanjian elaun asasi
2) Pergi Watsons cari barang2 peribadi . Semua kene stock baru..! haha
3) Pergi kedai plastik beli barang plastik la. ape lagi .(baldi,hanger,pngepit baju yada yada yada)
4)Balik umah test drive barang2 baru
5)Malam bukak fb jenguk2 bakal teman sekuliah di ASPER. Rancak bebenor diorang berborak .. Aku segan nak join.haha
6)Mengadu pasal sesuatu kat cik iman (dak ASPER fast track) . Lega sket da luah prasaan
7)Update blog walau skett . I don't want to miss this priceless moments !

*tinggal berape hari lagi sblom aku tinggalkan bumi klate ni  (25Mei daftar)

UPDATE :
Kehidupan Di Asasi Sains Pertanian (briefly)
ASASI SAINS PERTANIAN (SEMESTER 3)


Sunday, 28 April 2013

Aku , In-Team dan UNIC

Selesai Dicoret Pada 29 April 2013 (9.35 AM)

Assalamualaikum..Selamat pagi . Aku tak tau nak cakap pasal ape sebenarnye . so, I decided to do some flashback about my life.huhuhu ..

Ok, pepagi macam ni, aku layan lagu nasyid untuk tenangkan otak .(stress da lame tak bukak buku.muahahaha) Pilihan aku UNIC , In-Team,Mestica n Hijjaz sket2 . Bile dengar je UNIC and In-Team nyanyi, aku teringat mase kecik-kecik dulu lebih kurang darjah 1 . Mase tu diorang ni tengah top la . Pada satu malam, abah ajak kitorang pergi satu dewan mase aku stay kat Kuala Krai dulu katenye nak tengok nasyid . Aku mane la kenal team2 nasyid ni mase tu so, aku ikot je la .


Rupenye majlis tu As-Shabab (pusat belajar Al-Quran) yang anjurkan . Seronok jugak la aku tengok diorang tu. Aku ngaji dengan tok guru dekat2 umah je...huhuhu .Diorang ni siap boleh jemput In-Team UNIC lagi, mesti kat belakang pentas tu diorang boleh salam2 , bergambar sesame . Jelesnyer . ..


Then , mase aku darjah 2 abah cakap aku dengan angah kene pergi mengaji kat As-Shabab . Seronok betol mase tu . Dalam ati 'Yeay !!! Boleh jumpe UNIC ngan In-Team !!' Singkat betol pikiran..
Aku tak ingat berape lame aku ngaji kat situ , tapi ape yang boleh aku simpulkan ialah aku tak jumpe pun dengan UNIC or In-Team ! huhuhu.. agak frust lah di situ . Niat awal pun dah tak betol..ishishish...

Lepas tu, aku ngan angah berhenti n pi ngaji dengan Ustaz Zamani, kawan abah aku . Syok ngaji kat situ sebab tiap2 malam abah beli burger kat kitorang buat bekal .hahaha. Pergi ngaji pun pakai bekal2 bagai . Manjoss.. Banyak kenangan aku belajar kat situ ..aku buat point2 je la. Kang meleret plak ..

  • Kalau semua students habis ngaji awal , ustaz akan kumpulkan kitorang n cerita kisah2 Nabi . Budak-budak memang minat cerita Nabi2 ni
  • Kelas dari pukul 8 sampai 10 malam kalau aku tak silap . Mengaji 5 minit je, yang laen tu, kitorang borak2 . Best sangat macam pasar malam bisingnyer .. orang ngaji,aku buat bising . aku ngaji,diorang buat bising .hahaha.adil sangat..  Macam-macam topik hado..
  • Sebelum balik, kitorang kene solat Isyak berjemaah . Yang ni paling aku tak boleh lupe .. Kalau bahagian muslimah (hew4..macam arabic plak)  bile masok je rakaat ke-4, kitorang ramai2 akan stat cabut kain   solat (bukan telekung) awal2 yakni sebelum bagi salam . Alasan? Cepat cabut,cepat lipat,cepat keluar,cepat balik . Aku yang baru masok pun ikot terpengaruh...huhu.
  • Aku ditikam . Kawan aku baru lepas asah pensel dy . Dy nak test ketajaman pensel dy tu, aku yang dicocoknye . Sadis betol...berlubang berdarah tapak tangan aku ni . Sampai sekarang dan selamanya ade lagi kesan graphite tertanam dalam tangan aku ni . Terima Kasih KAWANku kerana menjadikan aku bahan menguji ketajaman penselmu. Ya, aku akui penselmu itu cukup tajam untuk membunuh seekor buaya . cissssss! 
  • Aku ditipu . Ada budak tempat aku mengaji bawak pamplet untuk sape2 yang nak buat tempahan kad name yang comel2 . Macam2 corak ade ..aku pun berminat . Balik umah, aku korek2 tabung bagi kat dia suruh tolong tempah . Lame aku tunggu tak sampai2 n sampai budak tu pun dah tak mengaji kat situ dah ... Hangus duit aku ..terima kasih kawan
    • macam ni lah contohnyer
                         

Sebelum aku mengaji dengan Ustaz Zamani n As-Shabab, aku mengaji dengan tok guru dekat2 umah . Kitorang asal2 jalan kaki je . Lepas tu abah beli kitorang basikal .. baru gune tak sampai seminggu, dah kene rembat mase aku dok syok2 mengaji .ciskek btol!

Tamat bab mengaji ...

Diari mimpiku..
Semalam aku mimpi aku dapat lapto baru yang aku impi2kan . ASUS! Aku siap jadi promoter kat adik aku pasal kelebihan laptop ASUS ni . Aku cerita sebijik2 macam dalam pamplet yang dy bagi mase aku pi KB Mall bagus gak memory separa sedar aku ni .alhamdulillah... 

p/s: Harap dapat la laptop ASUS. Taknak brand laen ..

Friday, 26 April 2013

Tawaran Matrikulasi

Selesai Dicoret Pada 27 April 2013 (12.03 PM)

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaHURIL AIN BINTI AMI NORDIN
No Kad Pengenalan95032103****
No MatrikMS13245468## 
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusSAINS
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 
Penempatan SementaraKOLEJ MATRIKULASI JOHOR
Tarikh Mendaftar27 MEI 2013
Setelah menunggu dari pagi lagi nak buat semakan , akhirnya berjaya jugak aku bukak page keramat nih . Pheww.. Pagi itu, sebelum pergi kelas memandu, aku sempat lah nak jenguk2 web matrikulasi tu . Tetibe dia cakap pukul 4 petang baru boleh semak . Aku sabar ... 

Pukul 4.05 petang, aku try cek lagi (online) . Aikk??? Apesal error? Sabar ... Aku korbankan kredit aku 20 sen untuk cek cara mesej . Aikkk?? 'Belum Dibuka Untuk Semakan'? what the fish???  Sabar . . Bile dah 10 kali lebih2 aku cek online, mesej tak jadik,, aku fed up la . 

Malam tu lepas solat maghrib , aku try sekali lagi semak guna mesej . Ingatkan still error , rupenye dah menjadi . Aku dapat Matrikulasi Kelantan ...Aku dah agak daa.. Aku rase budak SAHUT tak de sorang pun mintak matrik klate .huhuhu... So, aku cepat2 la pergi cek online sebab nak tengok surat tawaran n other details . 

Then I started to realize something weird ...
Penempatan SementaraKOLEJ MATRIKULASI JOHOR
memang ada penempatan sementara ke? So, aku try check sekali lagi guna ic kawan aku . Dia dapat matrik kat pahang . Tak ade pun penempatan sementara macam aku . So,maksudnya kes ni adalah untuk Matrikulasi Kelantan aje la yang tak siap sepenuhnya lagi . Oh ic . .

Hah ????
So, kalau aku masuk matrik klate ni, aku first batch la???
 Oh tidakkkk.. aku dah serik jadi first batch mase kat SAHUT dulu . Seksa ! Tak ade seniors, camne nak study?
....

Well .. Tak perlu gelabah .. Aku bukan nak masuk pun matriks tu. Hehehe ... Ape2 pun, aku tunggu keputusan UPU keluar pertengahan bulan Mei ni . Kalau dapat masuk U,Goodbye la matriks. Hahaha . (kalau tak dapat, masuk matrik la aku jawapnyer .. )

p/s : Harap dapat la Asasi Sains Pertanian kat UPM tu . Aku tak nak masok matrik !!!!!!


Sunday, 21 April 2013

Mimpi Yang Membawak ke Realiti huhu

Selesai dicoret pada : 21 April 2013 (3.24 PM)

     Hey blog! What's up? (haha.ini semua poyo!).. Actually aku tak ade topik pun nak coret kat sini . Yela.. Aku duduk rumah je., tunggu keputusan UPU or Matrikulasi keluar . Jalan-jalan cari pasal  pusing-pusing negeri pun tak . tsktsktsk . . So, today i'll write about my dream experiences .. wahh! weird benor budak nih . layan je la.

      Memang sudah ditakdirkan yang aku ni jenis yang sangat mudah untuk ingat balik sebahagian besar babak-babak macam filem pulak  dalam mimpi aku setiap hari especially semenjak jadi penganggur terhormat  setia kat rumah ni . I don't know if its kind of speciality or normal , but i found thats weird . Haha! Macam2 lah kau ni mak cix .

Tabungan Maya Saya -klik la kalau sudi.thanks ..

      Aku rasa aku patut dokumentasikan mimpi2 aku ni .. nanti esok2 boleh bace balik. Wahh..good idea! Nanti lah.. So, apa yang mendorong aku untuk buat entry ni? sebab.. aku sakit kaki pasal mimpi ! ! fuhh..lego den ..
    
         Point2 mimpi tu, lebih kurang cenggini ..

Thursday, 18 April 2013

Di Sebalik Ujian Yang Aku Lalui

Selesai dicoret : 18 APRIL 2013 (10.00 PM)

Hai la blog . . kau la tempat aku meluah perasaan bile dok umah ni. Nanti masuk U, ntah kawan macam mane la aku jumpa. Harap-harap yang satu kepala dengan aku dan boleh bimbing aku ke jalan yang benar serta penuh kejayaan. Aminn .. --cukup2 la jiwang tu--

                                                                                                                                                      

       Entry sebelum ni aku ada cerita pasal kesedihan aku terhadap sebuah ujian dari Allah ni . Disebabkan terlalu emo, aku tak masukkan sekali hikmah2 di sebalik dugaan tu .
Thanks Miss
       Actually, aku ambik mase juga la nak tenangkan hati ni . Ujian ni besar sangat bagi aku sebab berkaitan masa depan . Waktu aku call bestfriend aku, Farhanazuha, dia banyak bagi kata-kata semangat dan dorongan macam kitorang kat sekolah dulu . Mase duduk SAHUT dulu, kitorang sama-sama pegang jawatan penting jadi masing-masing faham masalah masing-masing . So, sampai tengah bercuti-cuti kat umah ni pon,aku call dy .

      Katanya, semua ni ujian dari Allah untuk aku . Allah ada plan yang lebih baik untuk aku . Jadi aku tak bolehlah nak terlalu sedih sebab semua ni dah ditentukan olehNya. Dia pun ada bagitau yang kalau aku bersungguh-sungguh dengan apa yang aku nak, insyaallah aku dapat. 

     Mase aku kantoi ngan abah sebab nangis , abah cakap 'takpe la kak. . tunggu yang lain. Nanti ada la tu. Lagipun benda ni tak effect UPU kan?'  Banyak kemungkinan yang akan berlaku kalau aku tak buat kesilapan tu dan berjaya ke temuduga tu dengan jayanya. Contohnya ,

Wednesday, 17 April 2013

Temuduga Pinjaman MARA (HARI PALING AKU FRUST!)

Selesai dicoret : 18 APRIL 2013 (2.00 PM)

Dear blog.. Semalam adalah hari paling aku kecewa-sedih-frust .Kesedihan n kefrustan tu melebihi perasaan waktu aku tak dapat straight A's SPM hari tu .. tsktsktsk.. Begini kisahnya . .

    Sebagai SPM leaver yang dapat result agak cemerlang (aku pun tak sangka,Alhamdulillah), aku dengan besungguh-sungguhnya, isi la borang2 biasiswa termasuklah pinjaman MARA yang boleh ubah tu pada 27 Mac. Tu pun nasib bek kawan aku yang bagitau sebab dateline da dekat . Lepas siap register online, aku tunggu la e-mail pengesahan . 5 minit..10 mini..sampai la ke malam. Tak sampai-sampai gak.. Ikut hati, malas la aku nak pikir tapi ape salahnyer kalau usaha kan?

   Aku pun try call Bahagian Teknikal Mara n cerita masalah tu.. Then dia cakap dy kan tolong sahkan secara manual . Alhamdulillah, akhirnya aku dapat la isi secara online tu . Aku Pilihan 1 Optometris kat United Kingdom n Pilihan 2 Nutrition kat MSU. Selesai, aku cetak la slip pengesahan n relaks ..
.........
..........
check email, xde
.....................
.........
...
check surat, xde
.....
..........
relaks...
............
enjoy..
...
........................
16/4/2013 - Ex-Kapten rumah aku text aku . Lepas da tanye kabar, aku dapat tau dy akan daftar kat NMIT in Diploma Maritim ape ntah guna pinjaman MARA . At that time aku baru la teringat pasal keputusan pinjaman MARA tu kene check ONLINE .  

Yang aku senget pi tunggu call,surat,e-mail tu pehal? Tambah lagi bile tengah cuti2 ni, tarikh ngan hari pun tak tau .So, dengan berdebar-debarnye aku bukak la laman web MARA tu. Tup keluar la image ni . Happy sangat mase tu!

Sunday, 14 April 2013

Aku dan Politik

Assalamualaikum  . .
Lame dah ambe tak buat entry baru . Tulis banyak2 pun bukan ade orang bace. Name pun 'diari elektronik'. haha..nak tak nak kau kene merapu sorang2 kat sini. Last entry aku citer sal debaran menanti result SPM . Resultnye memang dah dapat. Cuma aku malas jer nak citer sal bende spesel tu skarang. Nanti2 lah ekkk?.
         Ok,.,mukaddimah da panjang tu,bleh masok ke main point for this entry . Semenjak PM kesayangan Malaysia da umumkan pembubaran parlimen ke-12 pada 3 April 2013 , semakin bertambah panas-rancak-menggelegak-meletops lah topik politik kat Tanah Melayu ni.

     Para pro sebelah sana dan sebelah sinun pun mulalah melaungkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada parti kesayangan masing2 . Segenap ceruk pelusuk Malaysia tak kira di kedai kopi(wajib dah),pasar raya,kedai runcit,sektor swasta mahupun awam pakat duk hingaq crita pasal calon2,menifesto,projek ditepati/xditepati,tukar/xtukar,kekal/xkekal n banyak lagi lah .
     Aktiviti melompat galah,kijang,jauh parti oleh veteran,pnyokong parti itu  dan  ini pun dah timbul . Golongan artis jugak tak ketinggalan memeriahkan festival ni dengan menunjukkan sokongan mantap terhadap sebelah sana dan sinun.

Wednesday, 20 March 2013

12.15 am (SPM Result's Day & My Birthday)

   
Pejam-celik,pejam celik.,aku dah genap umur 18 tahun. Sekarang ni aku tak rela lagi mata aku ni untuk tutup. Kenapa? Sebab pukul 7.30 pagi nanti aku kena bertolak ke SaHuT. Ya! Aku akan terima keputusan SPM(2012) pada hari ulangtahun kelahiran aku..

      Tak ramai yang dapat rasa pengalaman ambik result SPM pada hari ulangtahun kelahiran. Ermm., gembira bercampur terharu bila kawan2 ucap Happy Birthday. Terdetik jugak kat hati aku ni , diorang ingat birthday aku. Tapi aku? Aku ni memang jenis yang susah nak ingat tarikh2 penting ni  (sebab kait2 ngan nombor@math).huhu

Tuesday, 19 March 2013

Kelas Memandu ( Atas Jalan Weh!)

    Hari ni aku dah rasmi dapat Lesen L ! Ok . . Happy kejap je kot . Cikgu aku datang ambik kat umah macam biasa. Sampai tempat belajar memandu,(KOTARAYA) dalam pukul 8.40 pagi . Pagi tu aku sarapan dengan 2 sudu teh jus Tok Guru dan sebijik kuih ketayap (aku panggil kuih lenggang-lenggok sebab umi kene pusing2kan kuali mase nak ratakan acuan) , .

    Hajatnye bila dah tau pukul berapa boleh start belajar, aku nak gi beli bubur segera la kat 7E, last2.,.,., aku menunggu dengan sabar dan bertawakal semoga penyakit gastrik aku tak menyerang smpai pukul 1.00 tengah hari . what the @$&*%*# ??. Mase tu baru la sampai giliran aku nek kete ...Sabo je la

    Weh??? Teros belajar atas jalan besar ke? Masak aku .... Ok lah... Cikgu pun baik . haha. Aku ni kan style kalut sket., bahagian aku yang paling lemah adalah dekat

Monday, 18 March 2013

(Kakak Target Berapa A?) 3 Hari Sebelum Keputusan SPM

   Semalam aku dah fikir masak2 pasal nak pergi ambil result pagi atau petang. Memandangkan dinner tak jadi , aku pilih untuk pergi pagi . Boleh borak2 dengan kawan2 lame sikit. . Terpaksa lah abah ambik cuti. Kesian juga kat abah , sebab minggu lepas dy dah ambik cuti masa hantar aku pi klinik .

Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

  Actually aku plan , hari sebelum result iaitu 20 Mac , aku nak duduk berhadapan dengan umi,abah n nak buat pengakuan berani mati ikhlas. Ape pengakuan tu ? Hurmm...Aku nak cakap pasal target aku, and nak mintak maaf awal2 kalau terjadi benda yang tak diingini mase ambik result tu nanti. Tup, tup mase aku tengah syok layan tv, abah tanya soalan ni . ..

  "kakak target berapa ?".  abah

Friday, 15 March 2013

(It's On My Birthday!) 5 Hari Sebelum Keputusan SPM

         Assalamualaikum . . Semalam kawan aku inform kat aku yang result SPM keluar 21 Mac 2013.
Aku pun tak sure sebab ramai cakap 20 Mac, aku pun try Google and jumpa satu site yang meng-confirm-kan ura-ura 21 Mac 2013.

      It's on my birthday !!!!!!!!!!!!!!!!  Adduii . . So skarang aku (and maybe semua yang akan ambik result) tengah membayangkan detik2 itu lah.

       Kalau yang yakin dengan prestasi masa exam tu , mesti la bayang yang best2 . . Tapi kalau yang buat ala2 macam aku ni,. ,bayangan ketakutan lar...

    Ya Allah . .. Kuatkanlah Semangat HambaMu Ini Untuk Menghadapi Apa Jua Keputusan Yang Akan Ku Terima . .


P/S: Tak sure lagi nak pergi pagi atau petang lepas abah balik kerja .
Tabungan Maya Saya --klik la kalau sudi.thanks . .

Thursday, 14 March 2013

Fungsi Ekor Kucing

thanks uncle google

Salam.. Hari ni teringin nak bercerita tentang kucing (atau secara spesifiknyer tentang fungsi ekor kucing) .Aku search kat google, asyik kuar  blog indon jer. Berbulu mata aku nak baca and translate at the same time. So, aku search yang English punyer. kat SINI . Untuk mempermudahkan pembacaan, aku try translate. (Kalau guna google translater, hancuss).

MENGGAMBARKAN EMOSI
Nak tau emosi kucing melalui pergerakan ekornya . .?Ini dia

Tuesday, 12 March 2013

Hydroskourophobia : Takut Air Gelap (Kisahku Yang Fobia)

Assalamualaikum.. ai ni nak citer pasal fobia. Fobia ni nama glemer bagi ketakutan seseorang terhadap sesuatu. Dulu ingat fobia ni hanya spesifik kepada haiwan je, tapi bile da makin meningkat dewasa, aku dapat tau rupa-rupanya banyak jenis fobia dalam dunia ni.

Kadang2 sesetengah fobia tu macam agak susah nak dipercayai contohnye fobia terhadap mentega kacang yang melekat kat lelangit. Aku rasa semua orang ada fobia terhadap sesuatu.,.sama ada kita sedar atau pun tak.  Kalo yang takde fobia tu, tenang ler hidupnyer. Fobia2 ni dikenalpasti oleh saintis dengan pelbagai nama yang agak pelik dan berbelit2 lidah nak sebut.
Fobia aku..?? Ini dia -----> Hydroskourophobia . Amende ni..?


Aku fobia kat air yang gelap (tak nampak dasarnyer) . Aku rasa fobia aku ni mula2 terbina tertanam dalam otak aku ni lepas tengok citer Anaconda 2 (yang die cari bunga orkid tu) . Yela,,habitat anaconda kan kat dalam air sungai yang gelap kat Borneo sane tu. Asal aku tengok air gelap jer,tros jadi cam,...ermmmm...takut lah,.huhu.

Contoh klo dulu rumah nenek aku ade kolah buat mandi. Bese la air kat kampung2 bukannye jernih sangat. . So,kolah tu memang tak leh nampak lar dasarnyer. Aku punye la takot nak mandi situ.Takot ade anaconda,ular or buaye. (still bleh diterima pakai kan?)

Next,mase mandi kat air terjun

Sunday, 3 March 2013

Pray For Lahad Datu, Sabah (2)

LAHAD DATU: GUNMEN killed six policemen during an ambush in a village in Semporna on Saturday night in a rapid escalation of violence that gripped eastern Sabah since the  intrusion in the middle of last month.This brought the death toll of the Royal Malaysia Police personnel to eight, including the two who were killed in the stand-off at a coastal village near here on Friday ..

http://www.nst.com.my/nation/general/another-2-towns-under-watch-after-6-more-cops-killed-1.228343

Sedih juga bila dapat tahu pasal berita ni . Aku doa semoga semua benda ni dapat ditamatkan secepat mungkin. Tambah-tambah lagi Sultan Jamalul Kiram cakap bahawa mereka tak akan tinggalkan Sabah. Degil betul! Isytiharlah perang secepat mungkin.
                                     Lahad Datu ---> Semporna ---> Hoping That This Will Ends

Words From Grave@Pesanan Dari Kubur

Sumber.. Uncle Google
I'm Just Delivering Some Advices From My Muslim Friends. I Hope This Will Be A Good Motivation For Me To Be A Better Muslim

Nasihat Kubur:
 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. 
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Saturday, 2 March 2013

Pray For Lahad Datu

     Salam . .Dah 2,3 bulan sejak pencerobohan 150 rakyat Filipina yang menggelarkan diri diorang sebagai 'Tentera Kesultanan Sulu' di Lahad Datu , Sabah . Laa.,.da lame rupenye diorang msok Malaysia ni.Em, mase awal2 aku dengar pasal pencerobohan ni, aku tak rase pape pom. First,sebab bukannye berlaku kat semenanjung (nampak tak selfish tu?) . Second sebab aku ingat kes ni tak de la serius sangat, juz anggap macam kes pati la. And lassstly , maybe semua rakyat Malaysia akan terpikir adalah, "sokey la, geng Filipina 2, 3 kerat je kot. Tak kan polis, askar , imigresen , or kerajaan tak leh handle..?" (Selesaikan masalah negara orang bleh pulak) .Ya! Aku yakin dengan diorang .

     Bakpo sep ni dok croboh Lahad Datu a.k.a negaro kito? Sebabnye, diorang (waris kesultanan Sulu) ni claim yang Lahad Datu@Sabah (tak buat research) tu milik diorang . Alaaa...kes yang kite belajar dalam Sejarah dulu2 tu . Kerajaan Filipina tak de masalah pun dengan Malaysia. Malah Presiden dy pun dah keluarkan arahan supaya diorang ni tinggalkan Malaysia . Tup ,Tup , pada 1@2 Mac (malas research) 2 anggota komando polis VAT 69 terkorban . . Pengobanan mereka ni pasti akan dikenang sebagai pejuang negara.

   Sekarang ni pun Lahad Datu tengah dalam perintah berkurung @ darurat . Awal2 pagi lagi da dengar kat berita yang ade tembak menembak da berlaku kat Semporna. . Seorang lagi anggota polis terkorban .Aiii...tak abis lagi ke. So.,sebagai rakyat Malaysia, aku hanya doakan yang terbaik buat negara ni. Harap lepas ni takde la dengar pertumpahan darah lagi yer.

   more story ..?
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perangkap/Article/

P/S : Kadang-kadang Allah nak bagi kite rase ape yang Gaza , Palestin tengah rase sejak bepuluh-puluh tahun dulu . Ni baru ujian yang kecik . . Insaf kejap . .
Ini laa muka2 'Tentera Kesultanan Sulu tu. (kononnyer)

  
 

Thursday, 28 February 2013

. . Dendamku Pada nya . .


    Tersebutlah kisah di sebuah rumah di pinggir bandar Kota Bharu . Sleeping Beauty Tiga beradik sedang lena dibuai mimpi (tak tau indah ke tak sebab mimpi masing2) .

  Lebih kurang pukul 3, 4 pagi kot kitorang perasan bilik kitorang diserang nyamuk yang maha banyaknye. Baru la aku ingat yang sebelum masuk tidur,aku lupa nak perap ubat nyamuk yang spray tu dalam bilik. Adik Ika tu memang dah tarik diri tidur kat ruang tamu, lepas tu kak cik pulak ikut sekali. Aku? Malas punya pasal, sanggup tarik selimut tebal sampai tutup kepala.  Aku perasan jugak umi ada masuk bilik lepas tu spray ubat nyamuk bawah katil. Thanks umi! (rase macam jadi baby balik)

     Berapa lama sangat boleh tahan. Natijah lemas dan panas akhirnya selimut tu melorot balik seterusnya mendedahkan aku kepada serangan fizikal nyamuk2 tu. Mental aku pun diaorang seksa jugak dengan buat bunyi2 yang bagi aku sangat annoying. Aku buat tak tau je lepastu sedar-sedar dah azan subuh . Yang ni aku terima kasih banyak-banyak kat nyamuk tu sebab tolong kejut .(TAPI DENDAM AKU TAK ABIS LAGI).
   
     Sebelum masuk bilik air, sempat la aku spray ubat nyamuk tu dalam bilik ala-ala bomba padamkan kebakaran sebab geram sangat. Aku tak kisah la badan aku ni bintik2 or merah2..Tapi gatal tu menganggu konsentrasi tidur aku! Lepas tekan suis lampu , nampak 2,3 ekor nyamuk tengah terbang baekk punya. Aku pun ape la, Pap! Pap! Pap! . Puas hati aku! Rasekan!

        Episod pembalasan dendam aku tak habis lagi, sebelum ambik wuduk ade la 3, 4 ekor nyamuk yang terkorban .Walaupun mungkin ada diantara mereka yang tak terlibat dalam serangan Al-Qaeda dalam bilik aku, "Ade Aku Kisah..??" . Ni laa kisah Dendamku Pada Nyamuk.

  Moral of the story, I Will Never Forget To Spray The Shieldtox or Fumakilla or Whatever in My Bedroom Before Going To Sleep . . .